Rabu, 16 Disember 2009

SEJARAH KAMPUNG TEMIANG

Kampung Temiang terletak di kawasan bijih timah, Lembah Kinta. Kampung ini dibuka selepas wujudnya kampung-kampung berdekatan iaitu Kg Paloh, Kg Tebing Tinggi dan Kg Kuala Pari.

Kampung Temiang dibuka pada tahun 1930. Orang yang membuka dan mengasaskan Kg Temiang ialah Allahyarham Encik Ayub Aziz bin Panjang Talib.

Mengikut asal usulnya Kg Temiang disebut oleh orang Kg. Paloh sebagai Kg Lubuk Lintah. Ini kerana di sini terdapat banyak kerbau berkubang dan banyak terdapat lintah.

Pada asalnya Kg. Temiang ditumbuhi hutan pokok-pokok buluh maka berkemungkinan nama Temiang diambil dari nama miang buluh.

Kini hampir 75 tahun usianya. Kg Temiang terus membangun.