Isnin, 28 Disember 2009

Lawatan ke Melaka

Penghulu, ahli-ahli JKKK Kampung Tebing Tinggi dan beberapa penduduk kampung telah melawat ke Kampung Paya Rumput Sungai Udang (Parujas) dan Kampung Sungai Rambai Tengah, Melaka. Lawatan telah berlansung dari 25 hingga 27 Disember 2009. Lawatan adalah untuk meninjau dan mempelajari bagaimana kampung-kampung di Melaka ini telah mencapai kejayaan seperti memenangi Johan Kebangsaan Anugerah Desa Cemerlang 2008 iaitu Kampung Paya Rumput Sungai Udang dan Johan Kebangsaan Homestay 2008 iaitu Kampung Sungai Rambai Tengah.

Kumpulan telah pergi ke Melaka dengan sebuah bus dan menginap di Pusat Kemas, Serkam.





Bertolak pada 24 Disember 2009 malam dari Dewan Orang Ramai Kampung Temiang, sampai di Melaka pada pagi esoknya dan disambut oleh En Suhaimi, Setiasausaha JKKK Kampung Parujas. En Suhaimi membawa kumpulan bersarapan pagi.



Selepas itu kumpulan telah di bawa ke Dewan JKKK Kg Parujas. Kumpulan kita telah disambut dengan pertunjukkan permainan traditional tempatan dan pameran kraftangan di perkarangan dewan.



Setelah berada didalam dewan bersama Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung Parujas, En Suhaimi telah memberi sedikit taklimat. Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung telah memberi ucapan aluan kepada kumpulan kita. En Mohammed Din, Pengerusi JKKK Kg Tebing Tinggi telah memberi ucapan balas.



Upacara bertukar cenderahati antara JKKK Kg Tebing Tinggi dan JKKK Kg Parujas.



Setelah selesai di dewan, kumpulan telah dibawa melawat ke Tropical Fruit Farm. Kumpulan dibawa keliling ladang menaiki kereta tarik khas dibuat untuk mengelilingi ladang. Kumpulan telah melihat perusahan buah-buahan dan sayuran seperti ladang buah salak.


Selepas lawatan, kumpulan telah kembali ke dewan untuk bergambar beramai-ramai.



Kumpulan telah bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Kampung Sungai Rambai Tengah. Kumpulan telah berhenti untuk mengunjung ke Makam Hang Tuah.



Sampai ke Kampung Sungai Rambai Tengah. Kumpulan telah disambut dengan kumpulan kompang dan kumpulan tarian traditional kampung. Setelah semua berada di Dewan Orang Ramai Kg Sg Rambai Tengah, Pengerusi JKKK Kg Sg Rambai Tengah telah memberi ucapan aluan. En Saharudin, Setiausaha JKKK Tebing Tinggi telah memberi ucapan balas. Selepas itu upacara bertukar cenderahati antara kedua-dua JKKK Kampung. Kumpulan telah diberi jamuan makan di perkarangan dewan. Pertunjukan tarian traditional telah dipersembahkan. Sebelum meninggalkan Kg Sg Rambai Tengah upacara bergambar beramai-ramai.



Sepanjang jalan kumpulan singgah melawat ke tempat perusahaan chanting batik Ras Batik.


Kumpulan juga telah melawat ke perusahan homestay di Kg Sg Rambai Tengah. Taklimat telah diberikan oleh pengusaha homestay.



Kumpulan telah singgah di Perigi Hang Tuah, Rumah Traditional Melaka, Planitarium Melaka, Eye of Malaysia, dan makan di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai.



Kumpulan bersarapan pagi sebelum balik di Pusat Kemas. Hadir bersama ialah wakil dari Kemas Melaka. Sarapan di sediakan oleh UMNO Negeri Melaka.

Ucapan terima kasih oleh Pengerusi dan Setiausaha JKKK Kg Tebing Tinggi, En Mohammed Din dan En Saharudin. Wakil Kemas member ucapan balas. Bertukar cenderahati antara JKKK Kg Tebing Tinggi dengan Kemas Serkam dan UMNO negeri Melaka.



Bergambar beramai di Pusat Kemas Serkam sebelum balik.