Isnin, 21 Disember 2009

Bencana Ribut pada 17hb. Disember 2009

Pada petang 17hb Disember 2009, Kampung Tebing Tinggi telah dilanda ribut. Walaupun ia berlaku dalam waktu yang seketika tetapi hujan yang lebat dan angin yang kencang telah menyebabkan beberapa rumah rosak dibahagian atap, beberapa pokok yang besar tumbang dan papan iklan roboh. Selepas hujan reda, ahli-ahli JKKK telah meronda ke seluruh kampung untuk meninjau keadaan rumah-rumah dan kawasan sekeliling dan telah mendapati beberapa rumah dengan kerosakan. Penduduk kampung disarankan untuk menghubungi mana-mana ahli JKKK jika ada sebarang masalah. Di sini beberapa gambar kejadian yang telah diambil oleh AJK JKKK Kampung Tebing Tinggi.











Tiada ulasan:

Catat Ulasan